Home | Foreword | School History | Founder | ~Prefectorial Board History~ | Name List | Songs | Recent and Upcoming Events | Photo Album | Duty Point | Contact Us

Afternoon Prefect of La Salle Klang

Foreword

Ucapan Pn. Pengetua

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pelayar web sekalian.

    Dengan sukacitanya saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Badan Pengawas Sesi Petang bagi tahun 2005 kerana telah berjaya melancarkan suatu laman web khususnya untuk kegunaan warga S.M.K. La Salle, Klang. Selanjutnya, saya mengucapkan terima kasih atas penghormatan yang diberi dan peluang menyampaikan prakata di dalam laman web ini.
 
    Usaha membuka laman web ini selaras dengan keperluan zaman teknologi maklumat dan kemajuan komunikasi. Pelajar-pelajar berlumba-lumba menperolehi maklumat dan ilmu. Pengetahuan ilmu yang diperolehi adalah mengikut kebolehan pelajar-pelajar. Dari itu, saya mengucapkan tahniah kepada Christopher Tan dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan laman web ini.
 
    Saya berharap ramai lagi pelajar yang akan mengukir nama baik dalam bidang yang lain seperti menjadi pembaca terbaik dalam program NILAM, pengawas yang berketrampilan dan sebagainya.

    Di samping itu, sahsiah yang mulia menjadi amalan kita. Selamat Maju Jaya Pengawas-pengawas S.M.K. La Salle, Klangg
 
Sekian Terima Kasih.
Pn. Hasimah bt. Karim